bg

Monday, August 15, 2011

Majlis Bantuan Aidilfitri untuk Ibu Tunggal di Ceneh Baru

Hari ini baru saja selesai Majlis Bantuan Aidilfitri untuk Ibu Tunggal di Ceneh Baru yang dianjurkan oleh pihak Ketengah bagi memberkati lagi Bulan Ramadhan Al-mubarak ini.Semua Ibu tunggal diberikan hamper Hari Raya dan bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan sempena Aidilfitri nanti. Terima kasih Ketengah kerana berbudi untuk rakyat yang tinggal di kampung jajahannya.

Sunday, August 14, 2011

Iftar Ramadhan @ Bandar Ceneh Baru

Majlis Berbuka Puasa telah dilaksanakan di Masjid Ceneh Baru dan di surau Al-Qamariah Ceneh Baru pada minggu lepas iaitu 9 dan 10 Ogos 2011. Pelbagai juadah disediakan oleh pihak masjid/surau tersebut dan tak lupa umah Islam lain turut bersedekah pelbagai juadah lauk berbuka.Selepas berbuka, solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah.